Assalamualaikum...
Amir teringin pula nak main wau apabila melihat permaianan itu dimainkan oleh budak-budak.. Sekarang adalah musim bermain wau...
Main wau adalah permainan utama di musim panas selepas musim menuai...
Kadang-kadang kita membiarkan wau terus melayang di awan tinggi dari petang hingga ke pagi. Jika tak bernasib baik wau jatuh dan tersangkut di pokok...
Sekarang nak main wau pun agak susah, tidak ada padang lagi... penuh dengan bangunan tinggi-tinggi....kan?.... hiiiii
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis Wau Tradisi. Tiga jenis wau yang diangkat sebagai Wau Tradisional Kebangsaan adalah...
Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jala Budi.
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara.
Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja.
Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa.
Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.. peace..